NIAT UMRAH,UMRAH BADAL,TAWAF,SYARAT SYARAT SA,IE,AMALAN SUNAT SEBELUM NIAT IHRAM ,AMALAN SUNAT SELEPAS NIAT IHRAM DLL
1. NIAT UMRAH – Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Dan Berihram Dengannya Kerana Allah Taala
Sambung... Niat Bersyarat : Dan Sekiranya Aku Terhalang (Datang Haid) Atau
Lain-Lain Sebab Maka Tahalullah/Halal Keluar Ihram Aku.
Umrah Badal - Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Untuk (Nama Arwah/Yg Uzur) Dan Berihram
Dengannya Kerana Allah Taala (Jemaah yg hendak upah/badal umrah hubungi mutawwif)
2. TAWAF – Mengelilingi Kaabah 7 Pusingan Dengan Mematuhi Syarat-Syarat Sahnya
1. Menutup Aurat
2. Suci Daripada Hadas Besar Dan Kecil
3. Suci Badan, Pakaian Dan Tempat Tawaf Daripada Najis
4. Bermula Dan Berakhir Di Sudut Hajar Aswad
5. Menjadikan Kaabah Di Sebelah Kiri Dan Berjalan Ke Hadapan
6. Dilakukan Dalam Masjid Haram Dan Di Luar Hijir Ismail/Syazarwan
7. Tidak Berubah Niat Selain Tawaf
8. Cukup 7 Pusingan Dengan Yakin
Batal Tawaf
1. Terbuka Aurat
2. Menyentuh Kelambu/Dingding Kaabah
3. Berubah Niat Seperti Mencari Kawan/Isteri/Suami
4. Menyentuh Baitullah
5. Menyentuh/Lalu Hijir Ismail/Syazarwan
Makruh Tawaf
1. Makan Dan Minum
2. Bercakap-Cakap
3. Membaca Doa Dengan Nyaring
3. SA’IE – Berulang-Alik Di Antara Bukit Safa Dan Bukit Marwah Sebanyak 7 Kali Dengan Mematuhi
Syarat-Syarat Sa’ie
Sunat Sa’ie
Syarat-Syarat Sahnya (420m sehala / 2.94km Sempurna 7 kali)
1. Bermula Di Buki Safa Dan Berakhir Di Bukit Marwah
2. Cukup 7 Kali Dengan Yakin Di Kira Sekali Daripada Safa Ke Marwah Dan Sekali Daripada Marwah Ke Safa
3. Hendaklah Sampai Ke Penghujung Tempat Sa’ie Di Safa Dan Di Marwah
4. Hendaklah Sa’ie Di Batnulwadi (Kawasan Sa’ie)
5. Tidak Berubah Niat Selain Sa’ie
6. Syarat-Syarat Sa’ie
1. Keluar Ke Tempat Sa’ie Melalui Bab As-Safa
2. Menaiki Bukit Safa/Marwah Hingga Sampai Batu-Batu Bukit
3. Mengadap Kiblat Dan Melambai Kaabah Kedua Tangan Serta Bertakbir Di Safa Dan Marwah
4. Berlari-Lari Anak Apabila Sampai Di Tempat Bertanda (Lampu Hijau)
5. Dalam Keadaan Berwuduk
6. Berjalan Kaki
7. Berturut-Turut
8. Berdoa Dan Berzikir Sepanjang Sa’ie
4. TAHALLUL / BERCUKUR / BERGUNTING – Menggunting Sekurang-Kurangnya 3 Helai
Rambut Di Kepala Dengan Menurut Syarat-
Syaratnya.
5. TERTIB – Dahulukan Yang Dahulu Kemudiankan Yang Kemudian Mengikut Tertib
4. TAHALLUL / BERCUKUR / BERGUNTING – Menggunting Sekurang-Kurangnya 3 Helai
Rambut Di Kepala Dengan Menurut Syarat-
Syaratnya.
MEMAKAI PAKAIAN IHRAM
Lelaki
Dua Helai Kain (Tidak Bercantum) Sehali Di Pakai Untuk Menutup Auratnya Iaitu Anggota Di Antara Pusat Hingga Lutut Dan Sehelai Lagi Di Buat Selendang Menutup Seluruh Tubuh. Di Sunatkan Berwarna Putih
Wanita
Pakaian Ihram Bagi Wanita Pula Hendaklah Menutup Semua Tubuh Badannya Kecuali Muka Dan Dua Pergelanggan Tangan (Bermaksud Tapak Tangan Dan Belakangnya)
Amalan Sunat Sebelum Niat Ihram
1. Mengerat Kuku
2. Merapikan Janggut, Misai Dan Rambut
3. Menanggalkan Bulu-Bulu Ketiak, Dan Ari-Ari
4. Mandi Sunat Ihram
5. Mengambil Wuduk
6. Memakai Wangi-Wangian Pada Badan
7. Memakai Minyak Rambut
8. Memakai Pakaian Ihram Berwarna Putih
9. Solat Sunat Ihram
Amalan Sunat Semasa Niat Ihram
1. Mengadap Kearah Kiblat
2. Berada Dalam Keadaan Berwuduk
3. Melafazkan Niat
Amalan Sunat Selepas Niat Ihram
1. Bertalbiah
2. Berdoa Dan Berzikir
Sabda Nabi SAW.
“ Amalan Yang Pertama Yang Dihisab (Allah) Kepada Seseorang Hamba Pada Hari Kiamat Nanti Ialah Solat. Jika Solat Seseorang Baik, Baiklah Pula Seluruhn Amalannya Dan Begitu Sebaliknya” – Hadis Riwayat At Tabrani
“ Solat Jumaat Itu Hak Wajib Dikerjakan Oleh Tiap-Tiap Orang Islam Dengan Berjemaah, Kecuali Empat Jenis Manusia ; Hamba Sahaya Yang Di Miliki, Perempuan, Anak-Anak & Orang Yang Sakit” – Hadis Riwayat Abu Daud & Hakim
RUKUN / CARA
SOLAT JENAZAH
Niat
Berdiri bagi Yang Berkuasa
Takbiratul Ihram
Takbir 1 - Membaca Al Fatihah
Takbir 2 -Membaca Selawat Ke Atas Nabi SAW
Takbir 3 - Doa Ke Atas Mayat
Takbir 4 - Salam
SOLAT JUMAAT (WANITA)
Wanita Tidak Wajib Solat Jumaat
Jika Solat Jumaat Juga, Selesai Solat Jumaat Tidak Perlu Solat Zohor
Lebih Afdal Solat Zohor Di Rumah/Hotel
ADAB-ADAB DI DALAM MASJID | |
Niat Iktikaf Bila Masuk Masjid | |
Solat Sunat Tahiyatul Masjid | |
Perbanyakkan Solat Sunat | |
Membaca Al-Quran | |
Berzikir | |
Bersedekah | |
Berdoa Mengadap Kiblat | |
Jauhkan Perbuatan Haram, Makruh & Lagha (Sia-Sia) | |
Sentiasa Dalam Keadaan Berwuduk |
“ Sesiapa Bersolat 40 Waktu Di Masjidku Tanpa Meninggalkan Satu Solat Pun, Maka Di Tulis Untuknya Keselamatan Daripada Api Neraka, Keselamatan Daripada Azabnya Dan Terlepas Nifaq (Sifat Munafik) ” – Hadis Riwayat Ahmad & Al Tabrani
Ulasan
Catat Ulasan